Thursday, April 14, 2011

penat jaga hati sendiri, penat sedapkan hati sendiri. okay fine. aku takde tempat nak luahkan bila sebut pasal ni, dan aku rase tempat ini adalah yang paling terbaik. ini aku nak mengaku, aku memang tak pandai jaga kau. seperti kau kata, diri aku sendiri aku belum pandai nak manage, lagi kan pula aku nak jaga orang lain. ya mungkin betul apa yang kau katakan itu. mungkin kau dah nampak kelemahan aku pada situ dan kau tegur. aku terima dengan sepenuh hati ikhlas. seriously  mungkin terlalu banyak sifat dan perasaan cemburu aku pada kau jadikan aku macam ni. dan aku tau itu tak sepatutnya ada. kau bukan sape-sape lagi. hanya pada ikatan "perhubungan" sahaja. belum tentu aku yang bakal menjadi perempuan yang bahagiakan kau kelak. memberikan dan manjadi yang terbaik didalam hidup kau nanti. penerimaan orang sekeliling kau terhadap aku siapa yang tahu? aku masih terlalu banyak kekurangan. semakin aku rase aku nak amik tahu pasal kau, semakin rimas aku tengok diri kau pada aku. aku tak nak orang kata, aku yang melebih-lebih atau pada erti kata lain aku "over" dengan kau. malu jika aku mendegar orang berkata aku begitu. niat aku ikhlas nak berkawan dengan kau, bukan sebab aku nak memperlakukan kau seperti aku menjadi seorang "queen control". kau masih ada hidup kau sendiri sementara kau masih muda. mungkin bukan itu yang kau mahukan. kebebasan masih belum puas lagi untuk kau mungkin. dan mungkin aku tidak boleh nak menerima nya oleh kerana itu lah aku menjadi seperti ini sekarang. terasa seperti ingin tanya kau, tetapi aku ta cukup kuat nak menerima jawapan kau. aku putus asa. tapi aku masih mahu meneruskan perhubungan ini jika diizinkan. masih banyak yang aku perlukan dan belajar tentang ini semua. hanya satu yang mampu aku katakan, MAAFKAN AKU. mungkin aku bukan seperti teman-teman perempuan kau dahulu, yang cukup segalanya dan boleh berdikari sendiri. tetapi mungkin kerana diri aku yang terlalu inginkan perhatian kau dan hanya aku seorang yang disini membuat aku jadi begini sehingga kau katakan letih dah kau ikotkan aku. sekali lagi aku ingin katakan, MAAFKAN AKU. aku tak sedar itu semua. mungkin salah aku buat kau macam tu sehingga kau merasakan begitu. dapat kenal kau adalah satu perkara yang paling bermakna untuk aku dan aku terima sekiranya bukan aku jodoh terbaik untuk kau nanti. sekian.

okay. ecah dah ta boleh digelarkan perempuan gangster lagi sekarang.  sebab ecah dah jadi perempuan jiwang pulak tiba-tiba kan? =.="

No comments:

Post a Comment