Monday, April 25, 2011

belajar dari kesilapan. kita semua pernah rasa salah dan disalahkan. mencari dan belajar sesuatu yang kita pernah buat menjadikan kita lebih matang dan lebih berfikir. akui memang banyak kesilapan yang telah aku lakukan atas hidup yang terlalu mengikut perasaan dan kata hati, tidak memikirkan perasaan orang, akhirnya jatuh tanpa ada pertolongan. kehilangan sesuatu yang telah dianugerahkan dan diamanahkan sangat dikesali. terasa ingin undurkan masa yang ada kembali dengan membetulkan kesilapan itu. tetapi dah terlewat. tiada apa yang dapat membantu melainkan diri sendiri. hanya mampu berdoa dan mencuba menguatkan diri. hadapi dengan sekuatnya dan terima atas apa yang telah kita sendiri lakukan. insya-allah ada yang masih mahu menolong. 

hm, letih kalau terlampau memikirkan. seperti tiada hala tuju dan kehidupan. banyak lagi yang menanti di masa hadapan nanti ecah.

boring dengan entry yang lately ni selalu meluahkan perasaan sedih sahaja. kesahh ke ecah?? tak nak tau jangan sibuk bukak blog ni. dan maaf dipinta atas entry yang tak berapa seronok semenjak dua menjak ini. banyak sangat yang berlaku menjadikan diri macam ni. tetapi aku cuba melupakan dan menjadi seorang yang lebih kuat. mujur ada kawan-kawan dan ibu tersayang memahami dan memberi sokongan yang tinggi atas diri ini. bersyukur kerana masih ada yang sayangkan kau lagi ecah. ye saya tahu itu. terima kasih semua :)

final dah dekat. itu yang lebih utama. fikirkan tujuan dan matlamat sebenar untuk meneruskan belajar. ye saya sedang mencuba itu. cuba betulkan dan fahami apa yang masih tertinggal lagi. menghabiskan belajar dan menjadi seorang yang boleh dibanggai kelak atas apa yang telah kita dapatkan adalah perkara yang paling 
bahagia. benar bukan? jadi, teruskan dengan tujuan itu.

esok masih ada, bahagia masih menanti, hanya tunggu dan jadikan itu semua sebagai cabaran. ini bukan ecah yang mereka kenali dulu. terlalu banyak berubah hanya kerana dah rasa hampir putus asa. tetapi setelah dapat dan lebih fikirkan membuatkan diri tiba-tiba rasa bodoh kerana jadi seperti ini. cuba menjadi ecah seperti yang mereka mahukan kembali. dan saya tahu saya boleh. jangan tegur atau tanya apa yang telah dilalui kerana itu cukup memedihkan dan memeritkan. hilang semua yang diberikan-Nya hanya dalam satu masa. satu dipinta jika diizinkan, berikan semangat dan terus berada bersama saya walau apa pun akan terjadi pada saya nanti. tak terbalas walau sikit pun atas apa yang telah anda semua berikan atas saya. terima kasih. saya tahu saya sangat kuat :)

Friday, April 22, 2011

learning to say goodbye is the most difficult thing we ever do, and we never learn to be good at it.




AWAY... :'(

Thursday, April 14, 2011

penat jaga hati sendiri, penat sedapkan hati sendiri. okay fine. aku takde tempat nak luahkan bila sebut pasal ni, dan aku rase tempat ini adalah yang paling terbaik. ini aku nak mengaku, aku memang tak pandai jaga kau. seperti kau kata, diri aku sendiri aku belum pandai nak manage, lagi kan pula aku nak jaga orang lain. ya mungkin betul apa yang kau katakan itu. mungkin kau dah nampak kelemahan aku pada situ dan kau tegur. aku terima dengan sepenuh hati ikhlas. seriously  mungkin terlalu banyak sifat dan perasaan cemburu aku pada kau jadikan aku macam ni. dan aku tau itu tak sepatutnya ada. kau bukan sape-sape lagi. hanya pada ikatan "perhubungan" sahaja. belum tentu aku yang bakal menjadi perempuan yang bahagiakan kau kelak. memberikan dan manjadi yang terbaik didalam hidup kau nanti. penerimaan orang sekeliling kau terhadap aku siapa yang tahu? aku masih terlalu banyak kekurangan. semakin aku rase aku nak amik tahu pasal kau, semakin rimas aku tengok diri kau pada aku. aku tak nak orang kata, aku yang melebih-lebih atau pada erti kata lain aku "over" dengan kau. malu jika aku mendegar orang berkata aku begitu. niat aku ikhlas nak berkawan dengan kau, bukan sebab aku nak memperlakukan kau seperti aku menjadi seorang "queen control". kau masih ada hidup kau sendiri sementara kau masih muda. mungkin bukan itu yang kau mahukan. kebebasan masih belum puas lagi untuk kau mungkin. dan mungkin aku tidak boleh nak menerima nya oleh kerana itu lah aku menjadi seperti ini sekarang. terasa seperti ingin tanya kau, tetapi aku ta cukup kuat nak menerima jawapan kau. aku putus asa. tapi aku masih mahu meneruskan perhubungan ini jika diizinkan. masih banyak yang aku perlukan dan belajar tentang ini semua. hanya satu yang mampu aku katakan, MAAFKAN AKU. mungkin aku bukan seperti teman-teman perempuan kau dahulu, yang cukup segalanya dan boleh berdikari sendiri. tetapi mungkin kerana diri aku yang terlalu inginkan perhatian kau dan hanya aku seorang yang disini membuat aku jadi begini sehingga kau katakan letih dah kau ikotkan aku. sekali lagi aku ingin katakan, MAAFKAN AKU. aku tak sedar itu semua. mungkin salah aku buat kau macam tu sehingga kau merasakan begitu. dapat kenal kau adalah satu perkara yang paling bermakna untuk aku dan aku terima sekiranya bukan aku jodoh terbaik untuk kau nanti. sekian.

okay. ecah dah ta boleh digelarkan perempuan gangster lagi sekarang.  sebab ecah dah jadi perempuan jiwang pulak tiba-tiba kan? =.="

Tuesday, April 12, 2011



p/s : tenkiu for this muhammad ikram. i love you :)



Monday, April 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY 19th ECAH !
i'm adult, dah boleh kawin. HAHA. tak tak. main2 je. thankyou for all the wish sayang sayang, darling darling, and handsome saya yang seorang tu. hee. and thanks for the present sayang :) sangat berharga. sebab dah lama saya nak kan? tibe tibe dapat pulak. tu yang jadi over excited tu. heee. thanks baby. seroonook tau ecah. HAHA. tapi ta seronok sebab ta dapat celebrate dengan ibu dgn abah :'( hm, its okay ecah :)

Wednesday, April 6, 2011

excited terlebih :)

knp aku guna ayat tu buat title? okay semua sebab satu cerita semalam yang excited lebih je ecah ni. ntah pape. HAHA. semua nye bila semalam online facebook, tiba-tiba terpikir nak buat status, "malam ni nak dating dengan shahz jaszle" sebab every week malam selasa kan ade cerita si handsome tu. cerita ape? korang ni ape tak ikot perkembangan dunie hiburan ke  haa? haha. "ASMARA" lah okay? =.="
aku pun dengan bangga nye meng "share" kan status itu (tapi dah padam dh hari ni) dan ramai perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki "like" status tu. termasuklah sorang pompuan kekasih hati aku yang mulut p*k*m*k gile ni turut menyukai nya. HAHA kan anak cik halim sayangg ? heee.

tiba-tiba dia inbox aku :

she: "cahh, datang bilik cepatttttt ! "
me: ade ape?
she: datang dulu. hahaha.

ek eleh, alih-alih menggelabah pompuan nie pehal? hahaha. okay aku pegi. bila sampai dia tunjuk aku something. haa, time nie lah excited aku cam terlebih sikit. tengok ni :

haa, time ni ecah macam mane? lagi lagi dengan ayat reply first and second tu? babun jakun giler punye. hahahaha. rase macam indah bahagia sangat je kan mase tuu. seronok. hahahaha. teros kat kepala dah berangan ntah ke mane-mane konon-konon macam "asmara" kot kot ajak dating betol betol ke. hahahaha. hello, kau jangan nak perasan okay ecah? halamak ai. orang tu cakap macam tu pun dah dok perasan excited lebih macam hape. haha. ehhh suke hati i lah, yang penting korang ade? korang takdeeeeee. HAHAHAHA.

Monday, April 4, 2011

separuh jiwaku pergi....

Huiyoo, title! nak separuh separuh lak kan, asal tak semua jek? act, tajuk tu takde ape ape maksud pun. saje je sebab tengah dengar lagu tu. tibe tibe terpikir nak buat title dalam blog. sangat tak tau nak update ape semenjak due menjak ni, serious tak tau. even macam banyak sangat benda buat seminggu dua ni, tapi still mood untuk ber blog hilang atas sebab sebab yang mendatang. cehh macam p&c sangat je kan. hee. mane tak nye, study, quiz, nak test lagi, balik bilik pikir nak basuh baju lah, (walaupun kadang kadang ter malas jugak), nak buat ni tak siap lagi, buat tu tak habis lagi, dengan problem problem lain yang ta di mintak datang pulak. nasib takde tanggungjawab yang berat berat lagi kena buat kan. then lepas tu, bajet nak tido awal sangat sebab selalu lately badan terasa letih yang amat. tapi bila tumbang je atas katil, tak tido tido jugak. duduk ngadap laptop, kul 2 3 pagi baru tido. tak pun dengar lagu sampai tertido.  tu je lah. boleh jadi gila hari hari macam ni. takde life langsung! huh. please lahh ecah. mane life kau yang dulu doo?? itu dulu, ni sekarang. saye tahu.

okay. dah nak sbulan tak balik rumah. bukan nak sebulan, dah sebulan++ dah pon. dah rindu ibu, abah, sangat sangat. terlampau sangat dah. kau tak kuat lagi ke ecah? kate nak belajar hidup sendiri kan? tolong jangan jadi budak lembik lagi boleh?? kau tu mengade ngade je lebih. kau ade kawan kawan, encik boyfie kau kat sini kan??? huhhhh memang lah. tapi perasaan tu tak same kan? seronok tengok kawan kawan, encik boyfie every week dapat balik rumah jumpa parents, jumpa adik beradik, makan same same, lepak same same, dapat makan mak masak, bersenda gurau, especially encik boyfie. sangat cemburu terlampau bila die cakap die nak balik rumah. bukan cemburu sebab ape, cemburu sebab saye tak dapat pun macam tu. tapi ecah kat sini?? kalau time semua balik, mesti kena tinggal sorang. nak ajak encik boyfie teman kan keluar, nnt mesti die marah. bila die nak tu dah kire untung bertuah sangat2 dah tu. takpe. tak kesah. at least saya dah  rase bahagia untuk beberapa jam. :)

dah enough aishah. tolong pergi tidur sekarang. dah pagi. banyak lagi benda nak buat esok kan? hmmm okay. selamat malam semua.