Saturday, March 26, 2011

tahap kebosanan melampau. sini sahaja boleh hilangkan bosan sementara. tinggal sorang2 dalam bilik boleh membuatkan saya hampir gila untuk 3 hari ini kerana kesunyian. mereka semua bergembira pulang ke rumah, yang tinggal hanyalah saya bertemankan lappy tersayang ini. terima kasih lappy kesayangan. okay. bermula dengan aktiviti yang telah saya lakukan. pertama- saya berjaya mendelete 5792 unread email, kedua- saya berjaya memblogwalking sebanyak entah berapa ratus kali ke belog orang mencari entri mereka yang enak dibaca, ketiga- keberapa kali entah menari nari ke tapak profile encik boyfie tercinta tanpa berbuat apa, keempat- melihat handphone kesayangan, kot kot ada msg dari  tersayang walaupun mungkin kejap ada kejap takde, keenam- menonton cerita movie online dan movie yang memang sudah berada di dalam lappy kesayangan ini nonstop and stop sekarang sebab dah bosan, gila atau tidak? anda saja menentukan. haha :p 


hari ni tetiba rasa nafsu nak makan makanan yang memaniskan dan menggemokkan. mungkin kerana dah terlalu bosan sehingga termimpi-mimpi semalam punca nya. semoga berjaya menggemokkan badan lagi ecah :) dan saya sudah senarai hitamkan makanan most wanted yang akan menggunakan duit abah apabila dia memberikannya kelak. saya akan minta lebih hanya untuk semua makanan itu. terima kasih abah. makanan tersebut, coklat kinder bueno yang banyak sekali, aiskrim, biskut bulat bulat tu (tak tau namenye), kek coklat, kek blueberry cheese, snek yang seronok seronok dan hebat hebat, waffer coklat and peanut (buat sendiri pasti lebih seronok), tuna dan roti, cookies macam kawan saya beli hari tu (masih kecewa tak dapat beli lagi). heishh. nikmat nikmat. bila ayahanda tersayang nak memberikan ni? seperti sudah tidak sabar pulak. tetapi jika ayahanda tidak dapat memberikan dengan secepatnya, encik boyfie lah menjadi mangsa. boleh kan bie? :D

okay cerita lain pulak, secara tidak langsung saya menjadi pemalu seketika, sebab setiap kali on9, mesti akan terpampar muka saya di mukabuku sana, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk menghide kan diri, dengan meng offline kan diri di IM. hanya kadang kadang apabila diperlukan sahaja saya akan muncul. pasti tak akan nampak saya lagi bukan? kalau mahu tegur hanya jerit sahaja nama ECAAAAH di wall  dan saya akan menyahut jeritan itu kelak :)

dan secara tidak langsung nya semalam dan hari ini mungkin, saya berjaya menjadi seorang gadis single sementara oleh kerana encik boyfie saya sibok dengan urusannya dan saya sangat faham akan dirinya. sungguh kebosanan diri ini keseorangan tanpa dikau wahai cik abang. wahhh. seperti orang dulu dulu pula. hahaha.

okay. tetiba tekak saya tersa seperti hendak makan donut donut di big apple pula. huhhhh. stop it ecah.
bye :) 

No comments:

Post a Comment